Memaparkan catatan dengan label Pekanbaru. Papar semua catatan

Jane Jalan-Jalan Pekanbaru III


Continue...

Perjalanan daripada Sultan Syarif Kasim II International Airport ke Masjid Agung An-Nur mengambil masa selama 30 minit.  Kalau 'peak hour' mungkin mengambil masa 40 minit disebabkan trafik yang agak sesak dan bergantung kepada jenis kenderaan yang kita naik. 
So, disebabkan kita ni first time sampai, naik public transport pula tu.. Nampak je Masjid Agung An-Nur tu terus x sabar nak turun.  Sesampai je macam pelik, ini ke pintu masuknya ? hahah itu lah x sabar sangat kan, rupa-rupanya berhenti kat pintu belakang daaaaaaa..

So ok lah, Jane pun dengan gagahnya menapak dalam panas terik tuh.. Bersemangat even puasa.. Dugaan :D

Keadaan jalan di pintu belakang masjid

Kawasan parkir depan masjid 

Finally.... Masjid Agung An-Nur 

Dalam masjid dari sudut kawasan wanita :D so sempat lah juga Jane solat jemaah Zuhur sebelum meneruskan perjalanan utk mencari tempat beradu.. 

Selesai solat, jane buka apss Google Maps untuk mencari kawasan hotel yang berdekatan dengan Masjid Agung An-Nur.  Mengikut pandangan dan hasil bacaan blog, jane ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya mudah nak cari hotel.  Berjalan kaki di tengah hari memang tak kelakar hahah, tapi at least jimat la juga duit daripada naik teksi.   

Sepanjang perjalanan mencari hotel.. 


Perjalanan 5 minit and then here I am 

Zuri Express Hotel 
(hotel's review will update soon) 

Alhamdulillah, penat berjalan luas pemandangan eceh.. sampai je hotel, memang melepek la rehat, tengok tv, mandi.. Nikmat tu Allah ja yang tahu heheh.. so disebabkan waktu di Pekanbaru lebih kurang awal sejam daripada Malaysia, so Jane xnak lengah masa, keluar jalan-jalan sampai la ke Pekanbaru Mall.. sebenarnya Jane xde la nak cari atau beli barang pun, just window shopping orang kata.. tapi sangkut gak, terbeli blouse dan kasut :P heheh lepas window shopping balik hotel terus tunggu waktu berbuka puasa.  



Kalau rasa ibu-ibu ndak cukup duit nak shopping, dont worry kemain besar lagi CIMB Niaga kat sini hehe

Selepas berbuka puasa (minum air Teh Botol + biskut) di bilik hotel, Jane bersiap-siap ke Masjid Agung An-Nur.. solat Maghrib, Isyak dan tunaikan ibadah sunat solat terawih.. x ketinggalan juga mendengar ceramah and seronoknya masih lagi faham tutur bahasa Ustaz kerana Bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang di Pekanbaru.  Hanya beberapa dialek sahaja yang Jane lambat tangkap, yang penting penyampaian tu sampai..

Di sini, telekung berwarna-warni, comel je tengok.. 

View malam Masjid Agung An-Nur


Selamat Malam !
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



















JaneJalanJalan Pekanbaru II

20 Jun 2017 -  Al-maklumlah Syawal 'is around the corner'.  Ramai yang sedang menanti ketibaan sanak saudara di Airport Sultan Syarif Kasim II. 

Jane ambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam.. Sebelum ini, berkira-kira juga nak naik airport taxi, kalau tidak jumpa tempat untuk menaiki bas, rupa-rupanya mudah sangat.  Ada satu bangunan Cafe berhadapan dengan pintu keluar, dan di sana ada Konduktor bas yang menunggu.  Tips bila kita 'travel' seorang diri ini, perlu jadi seorang peramah, perlu banyak tanya.  Orang kata malu bertanya sesat jalan.
(sorry bro..masa ambil gambar ni, mmg x perasan awak tengah pegang punggung)

(Ruang menunggu, x besar pun tempat tu tapi comfort)

Cakap je pada Konduktor bas nak pergi mana. 'For me' sangat efisyen dan mereka punyai sistem yang teratur.  Ruang menunggu atau bus stop kesemuanya tinggi sama aras dengan pintu bas.  So, xde lah susah payah nak memanjat tangga bas bagi golongan-golongan yang kurang berupaya dan lebih mesra pengguna.  






Konduktor bas yang bertugas juga akan maklumkan nama perhentian dan arah tuju.  Seperti Jane yang decide untuk pergi terus ke Masjid Agung An-Nur, Jane perlu berhenti di Pasar Ramayana, Pekanbaru.  Waktu turun tu, pelik juga sebab Jane x nampak pasar tersebut sebab di tepi jalan tu penuh dengan peniaga-peniaga.  Kalau di Malaysia, rasa macam dekat Jalan TAR.  




Bila dah turun di Pasar Ramayana, Jane kena naik satu bas lain yang memang dah menunggu penumpang lain.  Lagi sekali Jane maklumkan kepada Konduktor bas untuk ke Masjid Agung An-Nur.  Alhamdulillah sampai.... :D 
(tukar bas - bas kedua yg Jane naik dari Pasar Ramayana ke Masjid Agung An-Nur)


Ada satu lagi info berguna, tiket bas hanya 4,000rp so sangat-sangat la berbaloi berbanding naik taxi yang mengenakan harga yang lebih mahal sekitar 50,000-70,000rp.


'Will be continued'.. 

JaneJalanJalan Pekanbaru I

PEKANBARU merupakan ibu kota Provinsi Riau, Indonesia dan merupakan sebuah kota yang pesat dengan pembangunan dan perdagangan.  Apa yang menarik setelah menjejak kaki ke bumi Riau ini, rasa nyaman, rasa selamat seperti di negara Malaysia sendiri disebabkan budaya Melayu yang sangat kental di sini.

Tanggal 20 - 22 Jun 2016 : Jane ke Pekanbaru
Faktor utama penyumbang keinginan untuk travel ke Pekanbaru adalah disebabkan agama. Ape tidaknya, Jane membuat keputusan untuk travel pada pertengahan Ramadhan lalu. Agama Islam merupakan salah satu agama yang dominan dianut oleh masyarakat Kota Pekanbaru, selain itu, agama Kristian, Buddha, Katolik, Khonghucu dan Hindu juga terdapat di kota ini.

Sebelum ke Pekanbaru, Jane dah buat sedikit homework dan research tentang wisata menarik di Pekanbaru.  Walaupun banyak yang disenaraikan, tapi yang lebih menarik perhatian ialah Masjid Agung An-Nur yang dikatakan memiliki beberapa kesamaan dengan Taj Mahal.  


Ikuti pengembaraan Jane di next entry :) 
Setepek Jane bagi muka lebau sebab dah lama nau nau tinggalkan blog