Kita adalah sepasang temu yang ingin menyatu kemudian tertiup takdir tuk menjadi berakhir. Kita sepasang teduh diterik siang, bersama hanya tuk menjadi gemuruh yang selalu berdentang. Aku mencintaimu kau pun begitu, tapi di mata takdir kita adalah sepasang kebenaran yang tak pernah benar. Kita sempat berpegangan, kau pun enggan tuk melepaskan, kita berpelukan, kau pun merasa nyaman, tapi kebahagiaan terkadang memiliki titik lelah dan kesedihan membuat kita terpisah.
by Gentakiswara, Sepenggal Kata Untuk Cinta Yang Dipenggal
dan aku di sini masih menunggu dan tidak lelah berdoa supaya Allah mengizinkan ................................... aamiin
Perjalanan tak semestinya berdestinasi,
adakalanya cukup sekadar memori
So deep.. Iklan Raya Mitsubishi Raya 2019
Ya
Perjalanan itu adalah kenangan
Kenangan untuk dikenang
Dikenang bagi menyelimut kerinduan
Kerna perjalanan yang kita perjuangkan
Tak semestinya capai ke destinasi yang kita mahukan
Ianya adalah pembelajaran
Pembelajaran bagi memperbaiki diri
Perjalanan membina pengalaman
Pengalaman yang tidak ternilai
Ku ingin kau tahu
Cinta ku bawa sampai mati
Moga cinta ku sampai ke syurga
Kerna cinta aku lahir kerana Allah
Kerna aku yakin Allah Maha Kuasa
Yang memegang segala isi bumi sehingga ke sekelumit rasa di hati
Hari ini aku berdoa semoga kau bahagia
Semalam aku doakan semoga kita ditemukan
Diizinkan menjadi takdir
Diizinkan menjadi jodoh ke syurga
Mungkin aku hanya terpilih untuk menjadi bidadari di syurga
Bukan terpilih sebagai bidadari diri mu di syurga
Walaupun berjuta tahun untuk melenyapkan dosa dan noda
Moga Allah kasihani aku dan mengangkatku ke syurgaNya
Aku itu sering tertipu
Tertipu dengan perasaan sendiri
Tertipu dengan rasa cinta di hati
Tertipu dengan rasa yang membahagiakan
Tertipu dengan rasa rindu yang memilukan
Tertipu dengan cinta di sebelah pihak
Tertipu dengan rasa keyakinan yang memuncak
Tertipu dengan rasa sakit sebuah kehilangan
Tertipu kerna yang sakit cuma aku
Aku yang sakit tertipu oleh diriku sendiri
Tertipu dengan angan-angan kosong di kaki langit
Tertipu dengan rasa yang hanya aku rasakan sendiri
Manusia sememangnya sering berjanji
Janji yang dimeterai antara dua hati
Mahupun seberapa ramai
Yang sering berjanji itu tidak salah
Kerana janji dibuat untuk dikotai
Kerana janji dibuat sebagai satu pegangan
Kerana janji dibuat sebagai harapan
Bila janji tidak dikotai
Bukan bermaksud dia salah
Mungkin kerana waktu dan ketika tidak mengizinkannya
Mungkin kerana Allah tidak mengizinkannya
Mungkin kerana Allah tahu apa yang terbaiknya
Lalu kenapa harus berjanji ketika gembira dahulu
Sedangkan kamu sedar, janji itu tidak pasti
Sedangkan kamu sedar, janji itu hanya kata-kata kosong tanpa izin Allah swt
Dan akhirnya janji itu kesepian
Ditinggalkan rasa sakit sebuah kehilangan
Janji yang akhirnya menjadi sebuah kotak kosong menunggu dibuang
Meninggalkan rasa harapan yang kelam