Bonus Kalau Tahu

10:05 PG nurkaloi 6 Comments


Assalamualaikum

selamat pagi cikgu !!

Sempena hari Jumaat ini
 kaloi nak share something yang kaloi rase semua orang perlu tahu, hargai dan syukuri setiap apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dalam hidup kita....


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

tetibe nak selit gambar lalala heheh 

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

 Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

 Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Kuasa Allah...setiap makhluk pun ada sistem... ^__^
hmm rindu lembu abah kaloi ~__~'

 Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

iklan colgate heee

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya

katak oh katak...kenapa kau sakit perut...camne aku tak sakit perut...makan ulat mentah...makan ulat mentah weeee

 Orang yang tengah sakit perut ceria tak? of coz tak

Kaloi kalau2 bab-bab sakit perut ni memang muke sememeh jadinye...hehehe

sumber : Kak Sarinah (rakan PA di tempat kerja kaloi ^__^ tq kak semua email yang akak share beri manfaat pada kita) 

yang gmbar mengarut adalah rekaan kaloi semata-mata....weeee
sama-sama kiter beramal dan kuatkan iman... 


You Might Also Like

6 komenstar:

faraherda.razalan berkata...

Ish....besarnya kuasa Allah! Apa lagi persoalan yg diperlukan? Semuanya atas dasar logik juga. Haishh...

YattAkasah berkata...

nice info.. kemain katak tu pose2..hee

CIK TOM berkata...

thns utk perkongsian menarik ni..semua yg Allah jadikan pasti ada hikmah terselindung kan..

mie berkata...

waahh..
gue baru tau...
thankz for sharing...
heheeee

Hanim Irsyad berkata...

thanks for sharing dear. gambar pakai telekung tuw nice :)

Aujinz berkata...

ooo.. baru pakcik tau.. koh koh koh