BAT,

Jane Jalan-Jalan Pekanbaru III

1:27 PTG nurkaloi 0 Comments


Continue...

Perjalanan daripada Sultan Syarif Kasim II International Airport ke Masjid Agung An-Nur mengambil masa selama 30 minit.  Kalau 'peak hour' mungkin mengambil masa 40 minit disebabkan trafik yang agak sesak dan bergantung kepada jenis kenderaan yang kita naik. 
So, disebabkan kita ni first time sampai, naik public transport pula tu.. Nampak je Masjid Agung An-Nur tu terus x sabar nak turun.  Sesampai je macam pelik, ini ke pintu masuknya ? hahah itu lah x sabar sangat kan, rupa-rupanya berhenti kat pintu belakang daaaaaaa..

So ok lah, Jane pun dengan gagahnya menapak dalam panas terik tuh.. Bersemangat even puasa.. Dugaan :D

Keadaan jalan di pintu belakang masjid

Kawasan parkir depan masjid 

Finally.... Masjid Agung An-Nur 

Dalam masjid dari sudut kawasan wanita :D so sempat lah juga Jane solat jemaah Zuhur sebelum meneruskan perjalanan utk mencari tempat beradu.. 

Selesai solat, jane buka apss Google Maps untuk mencari kawasan hotel yang berdekatan dengan Masjid Agung An-Nur.  Mengikut pandangan dan hasil bacaan blog, jane ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya mudah nak cari hotel.  Berjalan kaki di tengah hari memang tak kelakar hahah, tapi at least jimat la juga duit daripada naik teksi.   

Sepanjang perjalanan mencari hotel.. 


Perjalanan 5 minit and then here I am 

Zuri Express Hotel 
(hotel's review will update soon) 

Alhamdulillah, penat berjalan luas pemandangan eceh.. sampai je hotel, memang melepek la rehat, tengok tv, mandi.. Nikmat tu Allah ja yang tahu heheh.. so disebabkan waktu di Pekanbaru lebih kurang awal sejam daripada Malaysia, so Jane xnak lengah masa, keluar jalan-jalan sampai la ke Pekanbaru Mall.. sebenarnya Jane xde la nak cari atau beli barang pun, just window shopping orang kata.. tapi sangkut gak, terbeli blouse dan kasut :P heheh lepas window shopping balik hotel terus tunggu waktu berbuka puasa.  



Kalau rasa ibu-ibu ndak cukup duit nak shopping, dont worry kemain besar lagi CIMB Niaga kat sini hehe

Selepas berbuka puasa (minum air Teh Botol + biskut) di bilik hotel, Jane bersiap-siap ke Masjid Agung An-Nur.. solat Maghrib, Isyak dan tunaikan ibadah sunat solat terawih.. x ketinggalan juga mendengar ceramah and seronoknya masih lagi faham tutur bahasa Ustaz kerana Bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang di Pekanbaru.  Hanya beberapa dialek sahaja yang Jane lambat tangkap, yang penting penyampaian tu sampai..

Di sini, telekung berwarna-warni, comel je tengok.. 

View malam Masjid Agung An-Nur


Selamat Malam !
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



















0 komenstar: