laguku untukmu

11:44 PG nurkaloi 3 Comments



layan-layan...Abg Office kaloi duk jamming
zaman-zaman kegemilangan dulu hahaha

penyanyi - Yusri  (Abe Ipar si Aril AF...ade bakat jugok ye.....hehe)
drummer - Najib
bass - Zahid & Azlan

3 komenstar:

Ji Hyo and Kang Gary

9:28 PG nurkaloi 3 Comments

Assalamualaikum
selamat pagi cikgu...semalam Hari Guru kann
untung lerr sape jadi cikgu...ramai anak murid yang duk doa untuk mereka... ^__^


u all masih ingat si kura-kura kaloi...
haaaa tu diaaa ~~~~


Ji Hyo & Kang Gary

kepada peminat-peminat variety show Korea, Running Man sila jangan marah and sentap ok
coz Ji Hyo & Kang Gary is belong to me hehe

I' m very exciting main2 dengan diorang

tapi tetibe
once upon a time 
Ji Hyo tinggalkan Gary nak balik kampung...Gary ni lambat sangat...

time ni hari Jumaat
klik untuk tumbesaran...tak perlu minum susu Grow 

tapi walau ditinggalkan gary tetap gagah berlari laju semula untuk mendapatkan cinta hatinye kembali dan pulang bersama-sama...
arrived at home...Gary seperti pening-pening lalat dah tak berape bermaya untuk berjenaka dengan Ji Hyo
mata duk tutup jerk menunjukkan dye tidak mahu diganggu oleh sesiape...
dan bermula lahhh episod kaloi menyuapkan Gary makan...sebab Gary tak nak bukak mata
puas kaloi duk tolak mata Gary suh bukak

then kaloi terperasan
rupenye mata si Gary bengkak...uhh sian Gary...
my mom kate mungkin jangkitan bakteria...adess....sory Gary

:'(

dipendekkan cerita...hari Isnin kaloi angkut budak dua orang ni pergi mencari rezeki
sesampai di office...Gary senyap tak gerak-gerak
tapi si Ji HYo asyik laa ketuk-ketuk bekas...

kaloi tertanya-tanya jugak apesal laa bising sangat si Ji Hyo nie...
wa nak buat kerja pun terganggu
rupenye
she asked me for help
Gary dah nazak kowt
I'm so worried...kaloi tak dapat nak buat ape-ape memandangkan tiada unsur2 doktor dlm diri wa
hmm...

now...kaloi nak umumkan 

Gary officially dead... ;'(

say takziah to kaloi ye... huhuhu 
sekarang tinggal Ji Hyo jerk peneman hati
kalau ikutkan hati kaloi nak jerk lepaskan Ji Hyo kat mane2 tasik or kolam
tapi Ji Hyo kecik lagi kowt
tak sampai hati pulak huhuhu

mungkin betul cakap my mom yang kaloi ni tak serasi bela pet
dulu Lele pun mati
sekarang Gary pulak huhuhu 

hari Isnin

time ni memang dah kejung
tunggu nak kebumikan jerk 
;'(

sadis laaaa.... 

Ji Hyo nangis kowtt....








3 komenstar:

Sambung Bonus

10:33 PG nurkaloi 3 Comments

Assalamualaikum....


ok before ni kaloi duk bagi info pasal kelebihan solat di awal waktu bagi waktu Subuh and Zuhur
hari ini kaloi nak bagi info kelebih solat di awal waktu bagi waktu Asar , Maghrib, Isyak dan  Qiamullail.   :)



WAKTU ASAR

Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.



Rahsia warna oren ialah kreativiti.

comel tak kaloi lukis kura-kura kikikikiki

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.



Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
hehe ank buah kaloi...tidor mata terbukak...gerammm !!

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


~~wallahualam~~ ^__^


3 komenstar:

Bonus Kalau Tahu

10:05 PG nurkaloi 6 Comments


Assalamualaikum

selamat pagi cikgu !!

Sempena hari Jumaat ini
 kaloi nak share something yang kaloi rase semua orang perlu tahu, hargai dan syukuri setiap apa yang telah dianugerahkan oleh Allah dalam hidup kita....


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

tetibe nak selit gambar lalala heheh 

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.


Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

 Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

 Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Kuasa Allah...setiap makhluk pun ada sistem... ^__^
hmm rindu lembu abah kaloi ~__~'

 Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

iklan colgate heee

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya

katak oh katak...kenapa kau sakit perut...camne aku tak sakit perut...makan ulat mentah...makan ulat mentah weeee

 Orang yang tengah sakit perut ceria tak? of coz tak

Kaloi kalau2 bab-bab sakit perut ni memang muke sememeh jadinye...hehehe

sumber : Kak Sarinah (rakan PA di tempat kerja kaloi ^__^ tq kak semua email yang akak share beri manfaat pada kita) 

yang gmbar mengarut adalah rekaan kaloi semata-mata....weeee
sama-sama kiter beramal dan kuatkan iman... 


6 komenstar:

Bukan Main Lama Mencari hohoh

5:00 PTG nurkaloi 7 Comments

assalamualaikum

hehe bukan main lama kaloi tak timbul-timbul
even ramai yang duk tabur nasi kangkung kat kolam kaloi
bukannya apa...kat dasar kolam kaloi ni byk makanan dah...
tak heran g ngan nasi kangkung...sekarang kaloi duk layan makan macaroni campur hihihi

penat nunggu nak wan entri...ade jerk kekangan
tapi hari ni kaloi tepis gak
yah yah yah yah

zasss ! kaloi nak tunjuk kat u all ape yang kaloi duk cari lama sangat
dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka
dari Ayer Keroh ke Bukit Katil
dari Ayer Keroh ke Bukit Beruang
akhir sekali
dari Ayer Keroh ke Masjid Tanah

ibarat Anyer dan Jakarta - wahhh...nak kelasss jerk kann...

heheh bunyik mcam jauh jerk kannn
yelaa area Melaka jerk pun kaloi renang-renang carik
tapi susah owwww ~__~'
sampai teringat-ingat bile nak tidow malam sob...sob...

but then
I got two friends...

ji hyo and kang gary

sile like !! ~~~~



ini semua gara-gara Cinta Kura-kura
mantap abes...kaloi susah nak like movie Melayu ni...
tapi cerita ini kaloi bagi bintang sekali heheh


ok salam perkenalan dulu ..... hihih 

7 komenstar: