Memaparkan catatan dengan label Rekreasi. Papar semua catatan

Muka Putih Tangan Hitam !

siapa x sakit hati dengar kalau ada orang tegur 
Muka Putih Tangan Hitam !

first time tengok iklan D'herbs ni, terus sentap ok !
sebab aku pun insan insan yang muka putih tangan hitam
hahahah


Disebabkan sentap yang teramat sangat, terus pergi beli Losyen Putih Susu D'herbs.  Berhasil atau tidak, haa tunggu........

Kalau nak cerita, banyak sangat sebab kehitaman terjadi.  Dan memutihkan kembali kulit adalah payah dan perlu menunggu berabad lamanya. Dan terpaksa kurung diri dalam bilik saja.

Mana boleh camtu ! Duduk rumah satu hari dah bosan, sure keluar rumah, jemur badan kat taman-taman rekreasi kann.  Cikgu Zaharah selalu membebel "Kau ni asyik naik gunung la, pergi laut la, masuk hutan la la la la la... Simpan duit kahwin !"

 Tapi apa nak kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kikiki.  Kalau dah minat, lautan api sanggup direnangi, gunung ganang sanggup didaki ^^

Lagi pun pun pun, nak simpan duit untuk kahwin buat apa.  Kesayangan hati pun x jumpa lagi.  Daripada simpan duit bertingkek-tingkek, baik guna untuk capai  apa yang dihajati :)

gambar dah jadi pekasam...entah bila berkesempatan buat entry XPDC bawah laut hehehe 

soon InsyAllah

Orienteering - Simple Tapi Menyeronokkan

Assalamualaikum

 Terlalu banyak untuk diperkatakan, sampai x tahu mana yang hendak didahulukan
last-last satu entry pun aku tak buat hahah
tapi memandangkan dah gatal nak menaip, tabahkan la juga jari-jemari ketuk keyboard 

Sabtu (13 Disember 2014) 

nak dijadikan cerita aku and crew lain diamanahkan untuk urus program pelajar bagi aktiviti outdoor
kalau ikutkan tentatif awal aktiviti yang akan dijalankan Wall Climbing and Abseiling
tapi disebabkan faktor keselamatan menara yang tidak memberangsangkan
we all terpaksa cari inisiatif lain untuk menggantikan aktiviti Abseiling



Untuk pengetahuan u all, aktiviti High Elements mesti dikendalikan oleh crew yang terlatih dan ada sijil yang bertauliah.  Sebabnya ia melibatkan nyawa dan keselamatan peserta.  

Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal aktiviti High Elements, tapi nak share pasal aktiviti Orienteering yang last minit kami buat dengan ambil masa beberapa jam sahaja untuk set up program ini. 

Bagi yang tak familiar pasal Orienteering boleh rujuk En.Wikipedia
Bila sebut orienteering, perkara pertama yang u all mesti tahu adalah menggunakan peralatan seperti kompas dan peta.  Kompas adalah asas yang perlu dikuasi setiap peserta.  Kalau peserta tak pandai baca compass, sure sesat barat heheh
Tapi jangan khuatir, kebiasaannya, Fasilitator akan memberi taklimat ringkas berkenaan penggunaan kompas. 

ihsan en.google


Tertariknya aku nak share, sebab aku puas google bentuk-bentuk Task yang biasa digunakan semasa orienteering.  Tapi x banyak yang aku jumpa.  Kebanyakan penulis share pasal KESERONOKAN dan juga task yang agak berat (sebab kena perah otak semaksima yang mungkin)

Jadi, aku and crew lain duk bincang task simple tapi menyeronokkan di setiap CP (check point) yang peserta lalui

Contoh Task 

Task 1 : Nyanyi sebuah lagu popular dengan kuat sehingga Fasilitator berpuas hati 
(kalau nak bagi diorang pening kepala, korang suruh laa peserta nyanyi lagu dinding dinding Siti Nurhaliza tu, takpun lagu selimut tetangga...pheww ~ ~ kekeke)

Task 2 : Cari barang tersembunyi - duit syiling 20sen yang bertanda di bahagian belakang
(terpulang pada u all nak sembunyi apa dan kepayahan nak cari barang tersembunyi tu.)

Task 3 : Boling Kelapa - jatuhkan ke semua 8 botol air sehingga berjaya
(Nampak macam mudah, tapi percayalah memang payah, kelapa tu xkan ikut cakap u all punya haha.  Sekiranya peserta x juga berjaya, time ni la u all boleh denda diorang menari ke, menyanyi ke, lompat bintang ke, meniarap ke, jalan itik ke)

ihsan en.google

Task 4 : Baling tin air kosong ke dalam bakul sampah
(Mudah - tapi kalau tak berjaya juga, apa lagi denda laa |simbah dengan air| hahah) 

Task 5 : Permainan Woodball - pukul bola kayu sehingga masuk ke dalam gate
(Task ni paling aku suka, sebab ramai yang x tahu pasal sukan ni, sambil u all suruh dia buat task, suruh peserta cari nama permainan yang diorang sedang buat.  And aku rasa ada jugak blogger yang x tahu pasal Woodball ni kan kan kan baik ngaku :D )


Task 6 : Dapatkan 5 jenis daun yang berbeza bentuk
(Kalau outdoor orienteering sesuai sangat laaa, senang jer kowt nak cari daun sekitar kita.  Tapi lau buat indoor orienteering sesuaikan laa ok hahah...kalau x berjanggut diorang nak carik kih kih kih)

Task 7: SELFIE ! Ambil gambar selfie setiap ahli dengan keadaan meniarap @ Ambil gambar selfie dengan menampakkan muka dan gigi setiap ahli 
(Zaman teknologi sekarang, segalanya boleh dirakam dan disimpan.  Selain ambil gambar, u all boleh suruh rekod depa melompat ke, berlakon ke.  Terpulang, ikut kreativiti memasing.)

cheese

cun...semua gigi putih heheheh

Task 8 : Cipta gubahan / barang perhiasan daripada bahan semula jadi di sekitar anda
(sangat menarik, dalam task ni, terpulang kepada peserta nak buat ciptaan apa, yang penting kreativiti dan kerjasama diperlukan)

hasil : gubahan bunga 

hasil : perhiasan ala-ala princess gitteww haha

ok sekian saja...seronok memang seronok...tapi aku yang HITAM !
phewww

XPDC Merapoh - Sg. Relau Part 3


Hari Ketiga (Ahad)

after caving activities 
bergerak ke Santuari Ikan Kelah


sebab apa teruja nk datang 
sebab ni hahah 
kelah oiii

seru menyeru ikan kelah... pro jerk mampu 
ko nyanyi lagu siti nurhaliza pun x timbul derr ikan kelah tu 
tapi guider ni panggil macam anak2 dye jerk
superbbb

 memasing teruja nk bagi ikan kelah makan


and nak pegang !!





 

Jane paling excited...sampai atas badan basah
berendam main ikan haha

 dah syok syok basah

memasing berendam x hingat dunia....aku laa tu
x reti sejuk hahaha




sempat catat kenangan kat pintu masuk trek Gunung Tahan


ambik aura

ntah bila akan jejak ke Gunung Tahan

#wish
 



before balik, singgah kat menara tinjau...
kenangan berlatarbelakangkan puncak Gunung Tahan 
ohh makin tinggi keinginan sampai

**** end ****

XPDC Merapoh - Sg. Relau Part 2


Sambungan hari kedua di Taman Negara Sungai Relau

after persiapan kendiri, ape lagi terjun sungai laa kannn
trekking 5 minit 

sampai

bukan main beronok-ronok lagi dyorang hahah suka sangat main air ni  

petang main pondok-pondok

ber BBQ kite


 Brada Nazirul setia menunggu hehe

gegirls tukang rasa heheh

Hari Ketiga (Ahad) 

rekod kenangan before caving activities

excited bukan main, sebab first time ber'caving'

dah macam pekerja kontrak...pilih topi ye sayang

ke gua ke kita...


caving for newbie macam we all ni sesuai laa tempat2 yang kitorang pergi
maybe next akan cuba caving yang lebih xtreme


Gua pertama dilawati
Gua Tahi Bintang

pintu masuk

dalam gua...ok seronok sebab banyak belajar tentang pembentukan gua, stalagmite, stalactite, soda straw and berkesempatan tengok fosil










shine like a diomand
kandungan mineral yang sangat tinggi, x boleh sesuka pijak

cantikk wooo

rasa macam pengkaji gua pun ada haha ilmu di mana-mana 
thanks utk guider yang banyak bagi info berguna


diingatkan semasa masuk gua kena pakai helmet dan headlamp
sebab kat dalam tu memang xnampak pape pun 

helmet sangat penting, sebab aku rasa boleh pecah kepala lau terhantuk kat dinding gua tu hahah 
(pengalaman sendiri, selamat pakai helmet phewww ~~~ )

kasut juga memainkan peranan yang penting...better pakai kasut getah

masing-masing tekun dengar guider bagi penerangan 

air di dalam gua tidak dibenarkan minum, air jernih disebabkan kandungan mineral yang sangat tinggi
berkemungkinan ada side effect pada badan kita 


diingatkan supaya tidak merokok di dalam gua, ko nak mampus cepat, buat laa hahah 

trademark
penampakan seperti tahi bintang di langit
ni lah sebab gua ni dinamakan Gua Tahi Bintang 


Gua kedua dilawati 
Gua Seribu Cerita



trademark
berbagai lukisan di dinding gua, sebab tu dinamakan Gua Seribu Cerita

tang ni memang kelakar, sebab masing2 nk jadi penganalisis lukisan gua haha
macam2 cerita keluar

silalah terjemahkan ye jika anda pakar hee




next target akan ke Gua Hari Malaysia and satu lagi 
Gua Jinjang Pelamin (untuk single mingle only :p hahaha)

sambung Part 3