JaneJalanJalan Pekanbaru II

20 Jun 2017 -  Al-maklumlah Syawal 'is around the corner'.  Ramai yang sedang menanti ketibaan sanak saudara di Airport Sultan Syarif Kasim II. 

Jane ambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam.. Sebelum ini, berkira-kira juga nak naik airport taxi, kalau tidak jumpa tempat untuk menaiki bas, rupa-rupanya mudah sangat.  Ada satu bangunan Cafe berhadapan dengan pintu keluar, dan di sana ada Konduktor bas yang menunggu.  Tips bila kita 'travel' seorang diri ini, perlu jadi seorang peramah, perlu banyak tanya.  Orang kata malu bertanya sesat jalan.
(sorry bro..masa ambil gambar ni, mmg x perasan awak tengah pegang punggung)

(Ruang menunggu, x besar pun tempat tu tapi comfort)

Cakap je pada Konduktor bas nak pergi mana. 'For me' sangat efisyen dan mereka punyai sistem yang teratur.  Ruang menunggu atau bus stop kesemuanya tinggi sama aras dengan pintu bas.  So, xde lah susah payah nak memanjat tangga bas bagi golongan-golongan yang kurang berupaya dan lebih mesra pengguna.  






Konduktor bas yang bertugas juga akan maklumkan nama perhentian dan arah tuju.  Seperti Jane yang decide untuk pergi terus ke Masjid Agung An-Nur, Jane perlu berhenti di Pasar Ramayana, Pekanbaru.  Waktu turun tu, pelik juga sebab Jane x nampak pasar tersebut sebab di tepi jalan tu penuh dengan peniaga-peniaga.  Kalau di Malaysia, rasa macam dekat Jalan TAR.  




Bila dah turun di Pasar Ramayana, Jane kena naik satu bas lain yang memang dah menunggu penumpang lain.  Lagi sekali Jane maklumkan kepada Konduktor bas untuk ke Masjid Agung An-Nur.  Alhamdulillah sampai.... :D 
(tukar bas - bas kedua yg Jane naik dari Pasar Ramayana ke Masjid Agung An-Nur)


Ada satu lagi info berguna, tiket bas hanya 4,000rp so sangat-sangat la berbaloi berbanding naik taxi yang mengenakan harga yang lebih mahal sekitar 50,000-70,000rp.


'Will be continued'.. 

JaneJalanJalan Pekanbaru I

PEKANBARU merupakan ibu kota Provinsi Riau, Indonesia dan merupakan sebuah kota yang pesat dengan pembangunan dan perdagangan.  Apa yang menarik setelah menjejak kaki ke bumi Riau ini, rasa nyaman, rasa selamat seperti di negara Malaysia sendiri disebabkan budaya Melayu yang sangat kental di sini.

Tanggal 20 - 22 Jun 2016 : Jane ke Pekanbaru
Faktor utama penyumbang keinginan untuk travel ke Pekanbaru adalah disebabkan agama. Ape tidaknya, Jane membuat keputusan untuk travel pada pertengahan Ramadhan lalu. Agama Islam merupakan salah satu agama yang dominan dianut oleh masyarakat Kota Pekanbaru, selain itu, agama Kristian, Buddha, Katolik, Khonghucu dan Hindu juga terdapat di kota ini.

Sebelum ke Pekanbaru, Jane dah buat sedikit homework dan research tentang wisata menarik di Pekanbaru.  Walaupun banyak yang disenaraikan, tapi yang lebih menarik perhatian ialah Masjid Agung An-Nur yang dikatakan memiliki beberapa kesamaan dengan Taj Mahal.  


Ikuti pengembaraan Jane di next entry :) 
Setepek Jane bagi muka lebau sebab dah lama nau nau tinggalkan blog



Muka Putih Tangan Hitam !

siapa x sakit hati dengar kalau ada orang tegur 
Muka Putih Tangan Hitam !

first time tengok iklan D'herbs ni, terus sentap ok !
sebab aku pun insan insan yang muka putih tangan hitam
hahahah


Disebabkan sentap yang teramat sangat, terus pergi beli Losyen Putih Susu D'herbs.  Berhasil atau tidak, haa tunggu........

Kalau nak cerita, banyak sangat sebab kehitaman terjadi.  Dan memutihkan kembali kulit adalah payah dan perlu menunggu berabad lamanya. Dan terpaksa kurung diri dalam bilik saja.

Mana boleh camtu ! Duduk rumah satu hari dah bosan, sure keluar rumah, jemur badan kat taman-taman rekreasi kann.  Cikgu Zaharah selalu membebel "Kau ni asyik naik gunung la, pergi laut la, masuk hutan la la la la la... Simpan duit kahwin !"

 Tapi apa nak kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kikiki.  Kalau dah minat, lautan api sanggup direnangi, gunung ganang sanggup didaki ^^

Lagi pun pun pun, nak simpan duit untuk kahwin buat apa.  Kesayangan hati pun x jumpa lagi.  Daripada simpan duit bertingkek-tingkek, baik guna untuk capai  apa yang dihajati :)

gambar dah jadi pekasam...entah bila berkesempatan buat entry XPDC bawah laut hehehe 

soon InsyAllah

Terlupa Seketika - AUG 2014

Dalam sibuk kita bersorak dan bercerita pasal Piala AFF Suzuki, terlupa seketika kontinjen Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang di Palembang, Indonesia dalam 
ASEAN University Games (AUG).  

Dengan aku sekali terlupa untuk ikuti perkembangan pungutan pingat terkini hihihi

Rupanya ada juga yang tak ambil kisah perkembangan sukan negara kita.  Upset juga lah, bila ada segelintir masyarakat yang tidak memberi sokongan moral kepada atlet-atlet negara dalam memartabatkan Malaysia dalam sukan berprestasi tinggi.  

AUG atau 'Sukan Universiti ASEAN' adalah kejohanan yang diadakan 2 tahun sekali yang melibatkan atlet dari universiti-universiti negara ASEAN.

Sedikit info kedudukan pingat terkini (official) yang aku ambil dari website rasmi 
Last update : 17 Disember 2014 (22:00)


Siapa yang berkesempatan tengok berita, kedudukan pingat of coz lah dah berubah

Tahniah juga kat my boss yang jadi Pengurus Pasukan Ping Pong and rakan sejawat sebagai Jurulatih Pasukan Ping Pong Malaysia ke AUG, x lupa juga kepada Ain, pelajar UTeM yang mewakili Malaysia dalam sukan Petanque.

eah eah Geram pulak

arghh frust menonggeng malam tadi
gara-gara kekalahan Malaysia dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Rajamangala, Thailand malam tadi

Thailand 2 - 0 Malaysia

mungkinkah berlaku keajaiban dan bangkitkah Harimau di perlawanan final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ni 20 Disember 2014..
sama-sama kita nantikan

walau apa pun yang berlaku, wa sebagai penyokong tegar Harimau Malaya
akan turun stadium untuk bagi sokongan padu kepada skuad negara


tapi lagi buat aku geram 
mamat ni 


sekali dengar macam nama orang Melayu - Sharil 
tapi sebenarnya Charyl Chappius

dah jadi viral kat FB and Tweeter kowt
handsome habaq hang....sapa x suka
gadis-gadis, tipu kalau cakap x minat mih mih mih mih

tapi 

eah eah geram pulak kan
T_T 
sila nangis beramai-ramai

game malam tadi aku rasa macam tengok Romance Movie Thailand tau 
dengan rambut tersisir rapi....sampai habis perlawanan masih terpacak 
krik krik krik krik 

p/s: semua gambar ihsan En.Google

Orienteering - Simple Tapi Menyeronokkan

Assalamualaikum

 Terlalu banyak untuk diperkatakan, sampai x tahu mana yang hendak didahulukan
last-last satu entry pun aku tak buat hahah
tapi memandangkan dah gatal nak menaip, tabahkan la juga jari-jemari ketuk keyboard 

Sabtu (13 Disember 2014) 

nak dijadikan cerita aku and crew lain diamanahkan untuk urus program pelajar bagi aktiviti outdoor
kalau ikutkan tentatif awal aktiviti yang akan dijalankan Wall Climbing and Abseiling
tapi disebabkan faktor keselamatan menara yang tidak memberangsangkan
we all terpaksa cari inisiatif lain untuk menggantikan aktiviti Abseiling



Untuk pengetahuan u all, aktiviti High Elements mesti dikendalikan oleh crew yang terlatih dan ada sijil yang bertauliah.  Sebabnya ia melibatkan nyawa dan keselamatan peserta.  

Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal aktiviti High Elements, tapi nak share pasal aktiviti Orienteering yang last minit kami buat dengan ambil masa beberapa jam sahaja untuk set up program ini. 

Bagi yang tak familiar pasal Orienteering boleh rujuk En.Wikipedia
Bila sebut orienteering, perkara pertama yang u all mesti tahu adalah menggunakan peralatan seperti kompas dan peta.  Kompas adalah asas yang perlu dikuasi setiap peserta.  Kalau peserta tak pandai baca compass, sure sesat barat heheh
Tapi jangan khuatir, kebiasaannya, Fasilitator akan memberi taklimat ringkas berkenaan penggunaan kompas. 

ihsan en.google


Tertariknya aku nak share, sebab aku puas google bentuk-bentuk Task yang biasa digunakan semasa orienteering.  Tapi x banyak yang aku jumpa.  Kebanyakan penulis share pasal KESERONOKAN dan juga task yang agak berat (sebab kena perah otak semaksima yang mungkin)

Jadi, aku and crew lain duk bincang task simple tapi menyeronokkan di setiap CP (check point) yang peserta lalui

Contoh Task 

Task 1 : Nyanyi sebuah lagu popular dengan kuat sehingga Fasilitator berpuas hati 
(kalau nak bagi diorang pening kepala, korang suruh laa peserta nyanyi lagu dinding dinding Siti Nurhaliza tu, takpun lagu selimut tetangga...pheww ~ ~ kekeke)

Task 2 : Cari barang tersembunyi - duit syiling 20sen yang bertanda di bahagian belakang
(terpulang pada u all nak sembunyi apa dan kepayahan nak cari barang tersembunyi tu.)

Task 3 : Boling Kelapa - jatuhkan ke semua 8 botol air sehingga berjaya
(Nampak macam mudah, tapi percayalah memang payah, kelapa tu xkan ikut cakap u all punya haha.  Sekiranya peserta x juga berjaya, time ni la u all boleh denda diorang menari ke, menyanyi ke, lompat bintang ke, meniarap ke, jalan itik ke)

ihsan en.google

Task 4 : Baling tin air kosong ke dalam bakul sampah
(Mudah - tapi kalau tak berjaya juga, apa lagi denda laa |simbah dengan air| hahah) 

Task 5 : Permainan Woodball - pukul bola kayu sehingga masuk ke dalam gate
(Task ni paling aku suka, sebab ramai yang x tahu pasal sukan ni, sambil u all suruh dia buat task, suruh peserta cari nama permainan yang diorang sedang buat.  And aku rasa ada jugak blogger yang x tahu pasal Woodball ni kan kan kan baik ngaku :D )


Task 6 : Dapatkan 5 jenis daun yang berbeza bentuk
(Kalau outdoor orienteering sesuai sangat laaa, senang jer kowt nak cari daun sekitar kita.  Tapi lau buat indoor orienteering sesuaikan laa ok hahah...kalau x berjanggut diorang nak carik kih kih kih)

Task 7: SELFIE ! Ambil gambar selfie setiap ahli dengan keadaan meniarap @ Ambil gambar selfie dengan menampakkan muka dan gigi setiap ahli 
(Zaman teknologi sekarang, segalanya boleh dirakam dan disimpan.  Selain ambil gambar, u all boleh suruh rekod depa melompat ke, berlakon ke.  Terpulang, ikut kreativiti memasing.)

cheese

cun...semua gigi putih heheheh

Task 8 : Cipta gubahan / barang perhiasan daripada bahan semula jadi di sekitar anda
(sangat menarik, dalam task ni, terpulang kepada peserta nak buat ciptaan apa, yang penting kreativiti dan kerjasama diperlukan)

hasil : gubahan bunga 

hasil : perhiasan ala-ala princess gitteww haha

ok sekian saja...seronok memang seronok...tapi aku yang HITAM !
phewww

Bola itu bulat

Misi mencari 2 gol di Hanoi, Vietnam
Tapi Harimau Malaya berlari gagah
4 jaringan berjaya dimasukkan separuh masa pertama ini

Percaturan yang agak drastik oleh Dollah Salleh
Tapi aku suka
Sebab malam ni Farizal Marlias dapat beraksi ganti Apek
Good job FM
Dari dulu sampai sekarang still fan kipas susah mati FM

S.Kunalan agak serasi dengan Farizal
Semangat MatYo dan Indra mencari peluang
Memang sukar nak cakap betapa gembiranya aku sekarang kan
X sanggup nak tunggu habis game baru up entry
Ngeh ngeh ngeh :p

Harap kebangkitan Harimau Malaya mampu kekalkan kecemerlangan sehingga tamat game
Harimau betul2 bangun dan MENGAUM !

Kedudukan terkini 4-1 dengan aggregate 5-3

Aumm aummm aummm
Kredit gambar dr FB RotiKaya