Rekreasi

Orienteering - Simple Tapi Menyeronokkan

11:37 PG nurkaloi 2 Comments

Assalamualaikum

 Terlalu banyak untuk diperkatakan, sampai x tahu mana yang hendak didahulukan
last-last satu entry pun aku tak buat hahah
tapi memandangkan dah gatal nak menaip, tabahkan la juga jari-jemari ketuk keyboard 

Sabtu (13 Disember 2014) 

nak dijadikan cerita aku and crew lain diamanahkan untuk urus program pelajar bagi aktiviti outdoor
kalau ikutkan tentatif awal aktiviti yang akan dijalankan Wall Climbing and Abseiling
tapi disebabkan faktor keselamatan menara yang tidak memberangsangkan
we all terpaksa cari inisiatif lain untuk menggantikan aktiviti Abseiling



Untuk pengetahuan u all, aktiviti High Elements mesti dikendalikan oleh crew yang terlatih dan ada sijil yang bertauliah.  Sebabnya ia melibatkan nyawa dan keselamatan peserta.  

Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal aktiviti High Elements, tapi nak share pasal aktiviti Orienteering yang last minit kami buat dengan ambil masa beberapa jam sahaja untuk set up program ini. 

Bagi yang tak familiar pasal Orienteering boleh rujuk En.Wikipedia
Bila sebut orienteering, perkara pertama yang u all mesti tahu adalah menggunakan peralatan seperti kompas dan peta.  Kompas adalah asas yang perlu dikuasi setiap peserta.  Kalau peserta tak pandai baca compass, sure sesat barat heheh
Tapi jangan khuatir, kebiasaannya, Fasilitator akan memberi taklimat ringkas berkenaan penggunaan kompas. 

ihsan en.google


Tertariknya aku nak share, sebab aku puas google bentuk-bentuk Task yang biasa digunakan semasa orienteering.  Tapi x banyak yang aku jumpa.  Kebanyakan penulis share pasal KESERONOKAN dan juga task yang agak berat (sebab kena perah otak semaksima yang mungkin)

Jadi, aku and crew lain duk bincang task simple tapi menyeronokkan di setiap CP (check point) yang peserta lalui

Contoh Task 

Task 1 : Nyanyi sebuah lagu popular dengan kuat sehingga Fasilitator berpuas hati 
(kalau nak bagi diorang pening kepala, korang suruh laa peserta nyanyi lagu dinding dinding Siti Nurhaliza tu, takpun lagu selimut tetangga...pheww ~ ~ kekeke)

Task 2 : Cari barang tersembunyi - duit syiling 20sen yang bertanda di bahagian belakang
(terpulang pada u all nak sembunyi apa dan kepayahan nak cari barang tersembunyi tu.)

Task 3 : Boling Kelapa - jatuhkan ke semua 8 botol air sehingga berjaya
(Nampak macam mudah, tapi percayalah memang payah, kelapa tu xkan ikut cakap u all punya haha.  Sekiranya peserta x juga berjaya, time ni la u all boleh denda diorang menari ke, menyanyi ke, lompat bintang ke, meniarap ke, jalan itik ke)

ihsan en.google

Task 4 : Baling tin air kosong ke dalam bakul sampah
(Mudah - tapi kalau tak berjaya juga, apa lagi denda laa |simbah dengan air| hahah) 

Task 5 : Permainan Woodball - pukul bola kayu sehingga masuk ke dalam gate
(Task ni paling aku suka, sebab ramai yang x tahu pasal sukan ni, sambil u all suruh dia buat task, suruh peserta cari nama permainan yang diorang sedang buat.  And aku rasa ada jugak blogger yang x tahu pasal Woodball ni kan kan kan baik ngaku :D )


Task 6 : Dapatkan 5 jenis daun yang berbeza bentuk
(Kalau outdoor orienteering sesuai sangat laaa, senang jer kowt nak cari daun sekitar kita.  Tapi lau buat indoor orienteering sesuaikan laa ok hahah...kalau x berjanggut diorang nak carik kih kih kih)

Task 7: SELFIE ! Ambil gambar selfie setiap ahli dengan keadaan meniarap @ Ambil gambar selfie dengan menampakkan muka dan gigi setiap ahli 
(Zaman teknologi sekarang, segalanya boleh dirakam dan disimpan.  Selain ambil gambar, u all boleh suruh rekod depa melompat ke, berlakon ke.  Terpulang, ikut kreativiti memasing.)

cheese

cun...semua gigi putih heheheh

Task 8 : Cipta gubahan / barang perhiasan daripada bahan semula jadi di sekitar anda
(sangat menarik, dalam task ni, terpulang kepada peserta nak buat ciptaan apa, yang penting kreativiti dan kerjasama diperlukan)

hasil : gubahan bunga 

hasil : perhiasan ala-ala princess gitteww haha

ok sekian saja...seronok memang seronok...tapi aku yang HITAM !
phewww

You Might Also Like

2 komenstar:

wah seronok aktiviti mcm ni..

jomsantaisekejap berkata...

Tengok aktiviti2 macam ni teringat dulu zaman sekolah2...hhuwahhh..nak sekolah balik... Memang best sangat2.