backpackers,

JaneJalanJalan Pekanbaru II

8:50 PG nurkaloi 0 Comments

20 Jun 2017 -  Al-maklumlah Syawal 'is around the corner'.  Ramai yang sedang menanti ketibaan sanak saudara di Airport Sultan Syarif Kasim II. 

Jane ambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam.. Sebelum ini, berkira-kira juga nak naik airport taxi, kalau tidak jumpa tempat untuk menaiki bas, rupa-rupanya mudah sangat.  Ada satu bangunan Cafe berhadapan dengan pintu keluar, dan di sana ada Konduktor bas yang menunggu.  Tips bila kita 'travel' seorang diri ini, perlu jadi seorang peramah, perlu banyak tanya.  Orang kata malu bertanya sesat jalan.
(sorry bro..masa ambil gambar ni, mmg x perasan awak tengah pegang punggung)

(Ruang menunggu, x besar pun tempat tu tapi comfort)

Cakap je pada Konduktor bas nak pergi mana. 'For me' sangat efisyen dan mereka punyai sistem yang teratur.  Ruang menunggu atau bus stop kesemuanya tinggi sama aras dengan pintu bas.  So, xde lah susah payah nak memanjat tangga bas bagi golongan-golongan yang kurang berupaya dan lebih mesra pengguna.  






Konduktor bas yang bertugas juga akan maklumkan nama perhentian dan arah tuju.  Seperti Jane yang decide untuk pergi terus ke Masjid Agung An-Nur, Jane perlu berhenti di Pasar Ramayana, Pekanbaru.  Waktu turun tu, pelik juga sebab Jane x nampak pasar tersebut sebab di tepi jalan tu penuh dengan peniaga-peniaga.  Kalau di Malaysia, rasa macam dekat Jalan TAR.  




Bila dah turun di Pasar Ramayana, Jane kena naik satu bas lain yang memang dah menunggu penumpang lain.  Lagi sekali Jane maklumkan kepada Konduktor bas untuk ke Masjid Agung An-Nur.  Alhamdulillah sampai.... :D 
(tukar bas - bas kedua yg Jane naik dari Pasar Ramayana ke Masjid Agung An-Nur)


Ada satu lagi info berguna, tiket bas hanya 4,000rp so sangat-sangat la berbaloi berbanding naik taxi yang mengenakan harga yang lebih mahal sekitar 50,000-70,000rp.


'Will be continued'.. 

You Might Also Like

0 komenstar: