DIY Hand Purifier

Assalamualaikum..

Semalam Jane dah share Hand Sanitizer pilihan Jane iaitu Thieves Waterless Hand Purifier with Peppermint Essential Oil. Hari ni Jane nak share pula tips dari Young Living bagaimana untuk DIY hand purifier sendiri di rumah..

Boleh jadi satu aktiviti dekat rumah untuk parents dan anak-anak tau. Bahan-bahan pun mudah didapati dan semestinya bermanfaat untuk seisi keluarga.  Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

💚 2 tablespoons aloe vera gel
💚 1 tablespoon purified, distilled or boiled water
💚 1/8 teaspoon vitamin E oil
💚 5 drops Thieves Essential Oil Blend (Klik sini untuk dapatkan)

So. What's NEXT ?

Here's what to do

Mix the aloe vera gel, vitamin E oil and Thieves essential oil blend.  Add a little water to dilute.  The texture should be thin and light to coat your hand.  Pour into a small bottle to put in your bag for easy use and convenience :)



Tetapi sekiranya tidak sempat nak buat DIY Hand Purifier, boleh dapatkan dari Jane. Cuma tekan link WhatsApp di bawah :)

Tekan link ni untuk dapatkan Hand Purifier anda ⇒➤ Hand Purifier

Hand Sanitizer

Dua hari lepas Jane terbaca satu artikel yang menyatakan Hand Sanitizer berbahaya kepada kesihatan. Eahhh ??

Tapi bukan ke KKM dan pelbagai agensi menyarankan penggunaan Hand Sanitizer bagi mencegah dari sebarang jangkitan virus yang tidak diingini.. Bagaimana nih ? Baca artikel seperti link di bawah 


Solution yang tepat adalah dengan mencari natural product. PREVENTION IS BETTER THAN CURE

Im not scientist, jauh sekali pakar politik eh ! Tapi Jane sarankan kawan-kawan semua cari dan gunalah Hand Sanitizer yang tidak memberi kesan buruk kepada diri, anak-anak mahupun kepada orang lain. Apa-apa pun, mohon baca dengan teliti kandungan setiap produk yang kita guna, bukan setakat Hand Sanitizer sahaja tapi ubat gigi, sabun mandi even shampoo pun kita kena buat pilihan yang bijak.

Dan pilihan Hand Sanitizer Jane adalah dari Young Living iaitu Thieves Waterless Hand Purifier with Peppermint Oil :)  Click here to order 

CLEAN HANDS ANYTIME, ANYWHERE


Keep hands clean and promote good hygiene on the go
Chemical-free, all-natural hand purifier 

Apa yang menariknya Hand Sanitizer ni, tidak melekit dan mudah digunakan since ianya tidak perlu dibilas selepas disapu pada tangan.  Di samping itu, penggunaannya hanya sedikit sahaja, jimat berbaloi-baloi.  Jane memang simpan Hand Sanitizer ni dalam beg sama ada pergi travel, naik gunung mahupun ke tempat kerja.  Bayangkan eah Jane guna dari bulan Oktober dan pakai hari2 sehingga sekarang still x habis lagi sebotol kecil ni.  

Ingredients : Alcohol denat, Water, Aloe barbadensis leaf powder, Glycerin, Hydroxypropylcellulose, Mentha piperita † (Peppermintoil, Eugenia caryophyllus † (Clove) bud oil, Citrus limon† (Lemon) peel oil, Eucalyptus radiata† leaf oil, Rosmarinus officinalis† (Rosemary) leaf oil, Cinnamomun zeylanicum† (Cinnamon) bark oil 



Hari Raya

Dalam Islam Hari Raya itu adalah satu kemenangan
Kemenangan yang diraikan
Kemenangan yang menggembirakan
Kemenangan melawan segala hawa nafsu

Sesetengah orang Hari Raya itu adalah satu kenangan
Kenangan yang sentiasa menggamit perasaan
Rindu dan sayang
Memilukan dan berpanjangan

~Jane monolog~

Takdir

Takdir Allah
Takdir yang menentukan kita ditemukan
Takdir yang menentukan kita berkenalan
Takdir yang menentukan kita bermesraan

Dari pandangan 
Mekarlah sebuah senyuman
Disirami bibit-bibit cinta
Disinari kasih dan sayang

Takdir juga bisa menentukan perpisahan
Kita hanya mampu berkasih
Berkongsi rasa dan sayang di dalam hati
Namun, tidak sehidup semati sehingga ke syurga

~ Jane monolog ~ 

Sepasang hilang


Kita adalah sepasang temu yang ingin menyatu kemudian tertiup takdir tuk menjadi berakhir. Kita sepasang teduh diterik siang, bersama hanya tuk menjadi gemuruh yang selalu berdentang. Aku mencintaimu kau pun begitu, tapi di mata takdir kita adalah sepasang kebenaran yang tak pernah benar. Kita sempat berpegangan, kau pun enggan tuk melepaskan, kita berpelukan, kau pun merasa nyaman, tapi kebahagiaan terkadang memiliki titik lelah dan kesedihan membuat kita terpisah.


by Gentakiswara, Sepenggal Kata Untuk Cinta Yang Dipenggal

dan aku di sini masih menunggu dan tidak lelah berdoa supaya Allah mengizinkan ...................................
aamiin



Sempurna

Aku berusaha
Gigih dan jitu
Tapi tidak dimengertikan

Aku mencuba
Sungguh
Tapi masih tak sempurna

Aku yakin
Kau akan selalu ada
Tapi keyakinanku
Mengkhianati diriku sendiri

Saling mencinta
Tapi kau tak bahagia
Sugul hari-hari ku

Menanti dengan setia
Dipanggil kamu atau Ilahi
Walaupun mungkin 3 abad lagi

Doaku tentang mu
Yang tak pernah luput dari bibirku
Mengucap kata cinta dalam doa
Mengirim kerinduan dalam air mata

Cinta itu bukan menemukan orang yang sempurna
Tapi melihat ketidaksempurnaan seseorang secara sempurna
Kita saling menyempurnakan diri kita

Sayang

~Jane monolog~

Lukisan

Tika itu senyuman terukir
Tika ini senyuman harus dilukis
Senyuman hanyut bersama keceriaan
Dibawa pergi kekesalan yang melangit

Tergapai mencari jalan bahagia
Terlajak, aku mundur
Pekat malam yang sentiasa menyelimuti
Sesekali ditemani hujan menitis

Aku percaya Kau kan sentiasa ada

 ~Jane monolog~

muka sis dah kenapa sis ?

Destinasi

 


Perjalanan tak semestinya berdestinasi,
adakalanya cukup sekadar memori

So deep.. Iklan Raya Mitsubishi Raya 2019

Ya
Perjalanan itu adalah kenangan
Kenangan untuk dikenang
Dikenang bagi menyelimut kerinduan

Kerna perjalanan yang kita perjuangkan
Tak semestinya capai ke destinasi yang kita mahukan
Ianya adalah pembelajaran
Pembelajaran bagi memperbaiki diri

Perjalanan membina pengalaman
Pengalaman yang tidak ternilai

~Jane monolog~

Cita-citaku


Cita-citaku hanya satu
Sehidup semati denganmu

Namun aku salah
Kerna cita-cita itu hanyalah cita-citaku
Bukan cita-cita kamu

Yang aku butuh itu hanya kamu
Kerna memilikimu sudah cukup
Cukup buat aku bahagia

Aku tidak bercita-cita tinggi
Jadi kaya hingga akhirnya
Tapi senyuman ku ternoda

Melihatmu tersenyum dan bercanda
Berada di sisi selamanya
Mengimamiku hingga akhirnya

Salahkah cita-cita ku

~Jane monolog~

Sampai syurga


Ku ingin kau tahu
Cinta ku bawa sampai mati
Moga cinta ku sampai ke syurga

Kerna cinta aku lahir kerana Allah
Kerna aku yakin Allah Maha Kuasa
Yang memegang segala isi bumi sehingga ke sekelumit rasa di hati

Hari ini aku berdoa semoga kau bahagia
Semalam aku doakan semoga kita ditemukan
Diizinkan menjadi takdir
Diizinkan menjadi jodoh ke syurga

Mungkin aku hanya terpilih untuk menjadi bidadari di syurga
Bukan terpilih sebagai bidadari diri mu di syurga
Walaupun berjuta tahun untuk melenyapkan dosa dan noda
Moga Allah kasihani aku dan mengangkatku ke syurgaNya

~Jane monolog~

Tertipu


Aku itu sering tertipu
Tertipu dengan perasaan sendiri
Tertipu dengan rasa cinta di hati
Tertipu dengan rasa yang membahagiakan
Tertipu dengan rasa rindu yang memilukan

Tertipu dengan cinta di sebelah pihak
Tertipu dengan rasa keyakinan yang memuncak
Tertipu dengan rasa sakit sebuah kehilangan

Tertipu kerna yang sakit cuma aku
Aku yang sakit tertipu oleh diriku sendiri
Tertipu dengan angan-angan kosong di kaki langit
Tertipu dengan rasa yang hanya aku rasakan sendiri

Tertipu
Hingga membawa hati ku mati
Sadarlah hati

~Jane monolog~ 

Bahagia


Kerna kau lebih bahagia
Aku pergi membawa hati yang lara
Semoga bahagia 
Walaupun
Bahagia kau adalah deritaku

Derita yang berpanjangan 
Membina luka yang kian dalam
Menjadi sisa hidup yang terbuang

Hujan menjadi peneman langit
Tiada cerah, tiada pelangi
Entah bila akan terhenti

-Jane monolog~

Dua hati


Cinta bukan untuk lelaki dan wanita baik
Mahu pun untuk lelaki dan wanita hebat

Cinta adalah untuk dua hati
Yang saling mencintai 
Meskipun cinta tidak semestinya memiliki
(Memiliki kenangan sahaja telah membahagiakan, tetapi kenangan juga menghancurkan hati yang semakin suram) 

Tapi 
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik
Wanita yang baik juga adalah untuk lelaki yang baik

Lelaki dan wanita baik itu adalah kamu yang berusaha menjadi baik
Meskipun masa silam mu kelam
Meskipun masa lalu mu hitam


~Jane monolog~

Janji Manusia

Janji Manusia

Manusia sememangnya sering berjanji
Janji yang dimeterai antara dua hati
Mahupun seberapa ramai

Yang sering berjanji itu tidak salah
Kerana janji dibuat untuk dikotai
Kerana janji dibuat sebagai satu pegangan
Kerana janji dibuat sebagai harapan

Bila janji tidak dikotai
Bukan bermaksud dia salah
Mungkin kerana waktu dan ketika tidak mengizinkannya
Mungkin kerana Allah tidak mengizinkannya
Mungkin kerana Allah tahu apa yang terbaiknya

Lalu kenapa harus berjanji ketika gembira dahulu
Sedangkan kamu sedar, janji itu tidak pasti
Sedangkan kamu sedar, janji itu hanya kata-kata kosong tanpa izin Allah swt

Dan akhirnya janji itu kesepian
Ditinggalkan rasa sakit sebuah kehilangan
Janji yang akhirnya menjadi sebuah kotak kosong menunggu dibuang
Meninggalkan rasa harapan yang kelam

Jane monolog


Jane Jalan-Jalan Pekanbaru III


Continue...

Perjalanan daripada Sultan Syarif Kasim II International Airport ke Masjid Agung An-Nur mengambil masa selama 30 minit.  Kalau 'peak hour' mungkin mengambil masa 40 minit disebabkan trafik yang agak sesak dan bergantung kepada jenis kenderaan yang kita naik. 
So, disebabkan kita ni first time sampai, naik public transport pula tu.. Nampak je Masjid Agung An-Nur tu terus x sabar nak turun.  Sesampai je macam pelik, ini ke pintu masuknya ? hahah itu lah x sabar sangat kan, rupa-rupanya berhenti kat pintu belakang daaaaaaa..

So ok lah, Jane pun dengan gagahnya menapak dalam panas terik tuh.. Bersemangat even puasa.. Dugaan :D

Keadaan jalan di pintu belakang masjid

Kawasan parkir depan masjid 

Finally.... Masjid Agung An-Nur 

Dalam masjid dari sudut kawasan wanita :D so sempat lah juga Jane solat jemaah Zuhur sebelum meneruskan perjalanan utk mencari tempat beradu.. 

Selesai solat, jane buka apss Google Maps untuk mencari kawasan hotel yang berdekatan dengan Masjid Agung An-Nur.  Mengikut pandangan dan hasil bacaan blog, jane ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya mudah nak cari hotel.  Berjalan kaki di tengah hari memang tak kelakar hahah, tapi at least jimat la juga duit daripada naik teksi.   

Sepanjang perjalanan mencari hotel.. 


Perjalanan 5 minit and then here I am 

Zuri Express Hotel 
(hotel's review will update soon) 

Alhamdulillah, penat berjalan luas pemandangan eceh.. sampai je hotel, memang melepek la rehat, tengok tv, mandi.. Nikmat tu Allah ja yang tahu heheh.. so disebabkan waktu di Pekanbaru lebih kurang awal sejam daripada Malaysia, so Jane xnak lengah masa, keluar jalan-jalan sampai la ke Pekanbaru Mall.. sebenarnya Jane xde la nak cari atau beli barang pun, just window shopping orang kata.. tapi sangkut gak, terbeli blouse dan kasut :P heheh lepas window shopping balik hotel terus tunggu waktu berbuka puasa.  



Kalau rasa ibu-ibu ndak cukup duit nak shopping, dont worry kemain besar lagi CIMB Niaga kat sini hehe

Selepas berbuka puasa (minum air Teh Botol + biskut) di bilik hotel, Jane bersiap-siap ke Masjid Agung An-Nur.. solat Maghrib, Isyak dan tunaikan ibadah sunat solat terawih.. x ketinggalan juga mendengar ceramah and seronoknya masih lagi faham tutur bahasa Ustaz kerana Bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang di Pekanbaru.  Hanya beberapa dialek sahaja yang Jane lambat tangkap, yang penting penyampaian tu sampai..

Di sini, telekung berwarna-warni, comel je tengok.. 

View malam Masjid Agung An-Nur


Selamat Malam !
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



















JaneJalanJalan Pekanbaru II

20 Jun 2017 -  Al-maklumlah Syawal 'is around the corner'.  Ramai yang sedang menanti ketibaan sanak saudara di Airport Sultan Syarif Kasim II. 

Jane ambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam.. Sebelum ini, berkira-kira juga nak naik airport taxi, kalau tidak jumpa tempat untuk menaiki bas, rupa-rupanya mudah sangat.  Ada satu bangunan Cafe berhadapan dengan pintu keluar, dan di sana ada Konduktor bas yang menunggu.  Tips bila kita 'travel' seorang diri ini, perlu jadi seorang peramah, perlu banyak tanya.  Orang kata malu bertanya sesat jalan.
(sorry bro..masa ambil gambar ni, mmg x perasan awak tengah pegang punggung)

(Ruang menunggu, x besar pun tempat tu tapi comfort)

Cakap je pada Konduktor bas nak pergi mana. 'For me' sangat efisyen dan mereka punyai sistem yang teratur.  Ruang menunggu atau bus stop kesemuanya tinggi sama aras dengan pintu bas.  So, xde lah susah payah nak memanjat tangga bas bagi golongan-golongan yang kurang berupaya dan lebih mesra pengguna.  






Konduktor bas yang bertugas juga akan maklumkan nama perhentian dan arah tuju.  Seperti Jane yang decide untuk pergi terus ke Masjid Agung An-Nur, Jane perlu berhenti di Pasar Ramayana, Pekanbaru.  Waktu turun tu, pelik juga sebab Jane x nampak pasar tersebut sebab di tepi jalan tu penuh dengan peniaga-peniaga.  Kalau di Malaysia, rasa macam dekat Jalan TAR.  




Bila dah turun di Pasar Ramayana, Jane kena naik satu bas lain yang memang dah menunggu penumpang lain.  Lagi sekali Jane maklumkan kepada Konduktor bas untuk ke Masjid Agung An-Nur.  Alhamdulillah sampai.... :D 
(tukar bas - bas kedua yg Jane naik dari Pasar Ramayana ke Masjid Agung An-Nur)


Ada satu lagi info berguna, tiket bas hanya 4,000rp so sangat-sangat la berbaloi berbanding naik taxi yang mengenakan harga yang lebih mahal sekitar 50,000-70,000rp.


'Will be continued'.. 

JaneJalanJalan Pekanbaru I

PEKANBARU merupakan ibu kota Provinsi Riau, Indonesia dan merupakan sebuah kota yang pesat dengan pembangunan dan perdagangan.  Apa yang menarik setelah menjejak kaki ke bumi Riau ini, rasa nyaman, rasa selamat seperti di negara Malaysia sendiri disebabkan budaya Melayu yang sangat kental di sini.

Tanggal 20 - 22 Jun 2016 : Jane ke Pekanbaru
Faktor utama penyumbang keinginan untuk travel ke Pekanbaru adalah disebabkan agama. Ape tidaknya, Jane membuat keputusan untuk travel pada pertengahan Ramadhan lalu. Agama Islam merupakan salah satu agama yang dominan dianut oleh masyarakat Kota Pekanbaru, selain itu, agama Kristian, Buddha, Katolik, Khonghucu dan Hindu juga terdapat di kota ini.

Sebelum ke Pekanbaru, Jane dah buat sedikit homework dan research tentang wisata menarik di Pekanbaru.  Walaupun banyak yang disenaraikan, tapi yang lebih menarik perhatian ialah Masjid Agung An-Nur yang dikatakan memiliki beberapa kesamaan dengan Taj Mahal.  


Ikuti pengembaraan Jane di next entry :) 
Setepek Jane bagi muka lebau sebab dah lama nau nau tinggalkan blog



Muka Putih Tangan Hitam !

siapa x sakit hati dengar kalau ada orang tegur 
Muka Putih Tangan Hitam !

first time tengok iklan D'herbs ni, terus sentap ok !
sebab aku pun insan insan yang muka putih tangan hitam
hahahah


Disebabkan sentap yang teramat sangat, terus pergi beli Losyen Putih Susu D'herbs.  Berhasil atau tidak, haa tunggu........

Kalau nak cerita, banyak sangat sebab kehitaman terjadi.  Dan memutihkan kembali kulit adalah payah dan perlu menunggu berabad lamanya. Dan terpaksa kurung diri dalam bilik saja.

Mana boleh camtu ! Duduk rumah satu hari dah bosan, sure keluar rumah, jemur badan kat taman-taman rekreasi kann.  Cikgu Zaharah selalu membebel "Kau ni asyik naik gunung la, pergi laut la, masuk hutan la la la la la... Simpan duit kahwin !"

 Tapi apa nak kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri kikiki.  Kalau dah minat, lautan api sanggup direnangi, gunung ganang sanggup didaki ^^

Lagi pun pun pun, nak simpan duit untuk kahwin buat apa.  Kesayangan hati pun x jumpa lagi.  Daripada simpan duit bertingkek-tingkek, baik guna untuk capai  apa yang dihajati :)

gambar dah jadi pekasam...entah bila berkesempatan buat entry XPDC bawah laut hehehe 

soon InsyAllah

Terlupa Seketika - AUG 2014

Dalam sibuk kita bersorak dan bercerita pasal Piala AFF Suzuki, terlupa seketika kontinjen Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang di Palembang, Indonesia dalam 
ASEAN University Games (AUG).  

Dengan aku sekali terlupa untuk ikuti perkembangan pungutan pingat terkini hihihi

Rupanya ada juga yang tak ambil kisah perkembangan sukan negara kita.  Upset juga lah, bila ada segelintir masyarakat yang tidak memberi sokongan moral kepada atlet-atlet negara dalam memartabatkan Malaysia dalam sukan berprestasi tinggi.  

AUG atau 'Sukan Universiti ASEAN' adalah kejohanan yang diadakan 2 tahun sekali yang melibatkan atlet dari universiti-universiti negara ASEAN.

Sedikit info kedudukan pingat terkini (official) yang aku ambil dari website rasmi 
Last update : 17 Disember 2014 (22:00)


Siapa yang berkesempatan tengok berita, kedudukan pingat of coz lah dah berubah

Tahniah juga kat my boss yang jadi Pengurus Pasukan Ping Pong and rakan sejawat sebagai Jurulatih Pasukan Ping Pong Malaysia ke AUG, x lupa juga kepada Ain, pelajar UTeM yang mewakili Malaysia dalam sukan Petanque.

eah eah Geram pulak

arghh frust menonggeng malam tadi
gara-gara kekalahan Malaysia dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Rajamangala, Thailand malam tadi

Thailand 2 - 0 Malaysia

mungkinkah berlaku keajaiban dan bangkitkah Harimau di perlawanan final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ni 20 Disember 2014..
sama-sama kita nantikan

walau apa pun yang berlaku, wa sebagai penyokong tegar Harimau Malaya
akan turun stadium untuk bagi sokongan padu kepada skuad negara


tapi lagi buat aku geram 
mamat ni 


sekali dengar macam nama orang Melayu - Sharil 
tapi sebenarnya Charyl Chappius

dah jadi viral kat FB and Tweeter kowt
handsome habaq hang....sapa x suka
gadis-gadis, tipu kalau cakap x minat mih mih mih mih

tapi 

eah eah geram pulak kan
T_T 
sila nangis beramai-ramai

game malam tadi aku rasa macam tengok Romance Movie Thailand tau 
dengan rambut tersisir rapi....sampai habis perlawanan masih terpacak 
krik krik krik krik 

p/s: semua gambar ihsan En.Google